SK ULU SUNGAI MERAH, SIBU
PLAN INDUK STRATEGIK LINUS
ANALISIS SWOT LINUS 2010 – 2012
KEKUATAN | PELUANG |
1. 3 orang guru Numerasi yang berpengalaman mengajar matematik sekurang-kurangnya 7 tahun mengajar. 2. Seorang guru Literasi beropsyen Bahasa Melayu di Maktab walaupun baru mengajar BM kurang dari 5 tahun. 3. Seorang guru yang berpengalaman mengajar Pra-sekolah. 4. Peralatan ICT yang mencukupi. 5. Mempunyai Modul LINUS yang boleh digunakan semasa Pengajaran dan Pembelajaran. 6. Guru-guru komited dan berdedikasi. 7. Mendapat sokongan bahan dan budget dari panitia BM dan Matematik. 8. Mendapat khidmat sokongan dari Pemulihan . | 1. Persekitaran sekolah dan keadaan kelas yang kondusif. 2. Sokongan daripada pihak Pentadbiran. 3. Kursus dan pemantauan di adakan untuk penambahbaikan potensi guru. 4. Modul LINUS disediakan oleh Kementerian Pelajaran bersesuaian dengan aras murid LINUS. 5. Mempunyai kelas Pemulihan. 6. Mendapat sokongan dari pihak Bimbingan dan Kaunseling serta Pra-sekolah. |
KELEMAHAN | ANCAMAN |
1. 2 orang guru beropsyen Sains mengajar LITERASI tahun 1. 2. Sumber tidak digunakan secara optimum. 3. Perancangan aktiviti dan program terganggu kerana kekangan masa. 4. Modul individu murid tidak dapat disediakan kerana tiada peruntukan khas. 5. Modul guru dan murid untuk Numerasi sering lambat dihantar ke sekolah | 1. Perpindahan dan kemasukan murid secara tiba-tiba dan boleh menyumbang kepada peningkatan jumlah pelajar LINUS. 2. Pelajar tidak mendapat bantuan kewangan dari KWAMP dan e-Kasih. 3. Ibu bapa kurang mengambil tahu tentang perkembangan anak-anak di dalam kelas LINUS. |
LINUS 2010 – 2012
PERANCANGAN STRATEGIK | PERANCANGAN TAKTIKAL | PELAN OPERASI |
Teras : Memperkasakan sekolah kebangsaan Matlamat : Selepas tahun 2012 semua pelajar LINUS kohort 1 mencapai 100% penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) Fokus : Pelajar-pelajar yang belum melepasi ujian saringan LINUS Isu Utama: Pencapaian prestasi akademik yang masih kurang cemerlang Strategi: Mencemerlangkan pelajar-pelajar LINUS untuk meningkatkan prestasi akademik. 1. Program Peningkatan Prencapaian Prestasi Bahasa Melayu dan Matematik untuk pelajar LINUS Pelaksana: Guru Besar, Semua PK, Guru-guru LINUS, Ketua dan ahli Panitia Bahasa Melayu dan Matematik, Guru Pra Sekolah, Guru Pemulihan dan guru Bimbingan Kaunseling. Indikator pencapaian: - 100% pencapaian Literasi dan numerasi bagi pelajar kohot 1 pada tahun 2012. - Tiada lagi pelajar LINUS di dalam kelas tahun 4 pada tahun 2013. | Nama Projek: 1.1 Pemantapan dan Pengurusan Program Linus Objektif: 1. Memastikan semua pengurusan dan pentadbiran Program LINUS dilaksanakan dengan berkesan. Penetapan Dasar: Guru Besar, Penolong Kanan, Ketua Paitia, Guru-guru LINUS, Pra-Sekolah dan Pemulihan. Aktiviti: i. Mesyuarat Panitia BM dan Matematik ii. Mesyuarat LINUS iii. Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran Pemantauan: Guru Besar, Semua PK dan Ketua-ketua Panitia BM dan matematik | Aktiviti: 1.1.1 Mesyuarat BM dan Matematik 1.1.2 Mesyuarat LINUS 1.1.3 Pencerapan P&P Bahasa Malaysia dan Matematik untuk kelas LINUS |
| Nama Projek 1.2 Peningkatan Keilmuan profisien / Kompeten guru mengenai Program LINUS Objektif: 1. Memastikan guru-guru mengetahui tentang perlaksanaan Program LINUS 2. Guru-guru mengetahui maklumat terkini mengenai Program LINUS 3. Guru-guru BM dan Matematik menghadiri kursus berkaitan dengan Program LINUS Penetapan Dasar: Guru Besar, semua Penolong Kanan, Ketua dan ahli-ahli Panitia BM dan Matematik, Guru Pra-Sekolah dan Guru Pemulihan Aktiviti: 1. Kursus Dalaman 2. Pemakluman Dalaman 3. Net-working | |
PERANCANGAN STRATEGIK | PERANCANGAN TAKTIKAL | PELAN OPERASI |
| Nama Projek: 1.3 Lonjakan Prestasi Bahasa Malaysia dan Matematik 2012 Objektif 1. Memastikan ETR 100% untuk Literasi dan Numerasi tercapai sebelum pelajar-pelajar melangkahkan kaki ke tahun 4. Penetapan Dasar: Guru Besar, semua Penolong Kanan, Ketua dan ahli-ahli Panitia BM dan Matematik, Guru Pra-Sekolah dan Guru Pemulihan Aktiviti: 1. Ujian Diagnostik 2. Ujian Saringan LINUS 3. Sudut LINUS di dalam Kelas 4. Sudut LINUS di papan kenyataan sekolah 5. Penggajaran Pebelajaran menggunakan Modul LINUS 6. Program Khas | Aktiviti: 1.3.1 Ujian Diagnostik 1.3.2 Ujian Saringan 1.3.3 Sudut LINUS di dalam Kelas/ Sudut Linus di Papan Kenyataan Sekolah 1.3.4 P & P berdasarkan Modul 1.3.5 Program CERDEK 1.3.6 Program “Mari Belajar Bersama” 1.3.7 Program “Cantiknya Tulisanku” |
PERANCANGAN STRATEGIK | PERANCANGAN TAKTIKAL | PELAN OPERASI |
| 1.4 Program Peningkatan Guru dan Ibubapa Objektif: i. Mendedahkan kepada ibubapa tentang program LINUS dan program yang diadakan di pihak sekolah. ii. Memastikan ibu bapa mengetahui perkembangan/ prestasi akademik murid-murid LINUS. iii. Memberi motivasi kepaa ibubapa, pelajar dan juga pihak guru. Penetapan dasar; Guru Besar, Semua guru LINUS Aktiviti: i. Hari Permuafakatan dan Program Transisi Tahun 1 Pemantauan: Guru Besar, semua Penolong Kanan | Aktiviti: 1.4.1 Hari Permuafakatan dan Program Transisi Tahun 1 |
PELAN OPERASI |
Aktiviti : 1.1.1 Mesyuarat BM dan Matematik 1.1.2 Mesyuarat LINUS Tarikh Perlaksanaan 1. 17.1.2011 2. 3. Pelaksana: Semua Ahli PROGRAM LINUS Perlaksanaan Perbincangan tentang: - Perlantikan AJK - Laporan Ujian Saringan - Perancangan aktiviti/ tindak susul selepas ujian saringan Indikator kejayaan : Aktiviti berjalan seperti yang dirancang. |
PELAN OPERASI |
Aktiviti 1.1.3 Pencerapan pengajaran dan pembelajaran Literasi dan Numerasi Tarikh Perlaksanaan : akan ditentukan berdasarkan takwim pentadbir Pelaksana : Guru Besar dan Penolong Kanan Pelaksanaan : i. Dilakukan oleh Guru Besar dan semua Penolong Kanan dan Ketua panita BM dan Matematik. ii. Perbincangan kekuatan dan kelemahan selepas sesi pengajaran. Indikator kejayaan : i. Sesi serta proes pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan ii. Guru-guru PROGRAM LINUS akan lebih berkeyakinan iii. |
Aktiviti 1.2.1 Kursus Dalaman/Pemakluman Dalaman /Networking Tarikh Perlaksanaan : Mengikut takwim sekolah Pelaksana : Semua ahli Jawatankuasa LINUS Perlaksanaan : i. Guru –guru yang telah menghadiri kursus akan member kursus dalaman di peringkat sekolah semasa LDP ii. Guru-guru berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan dengan LINUS Indikator Kejayaan : Guru-guru mengaplikasikan dapatan daripada kursus dalaman semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. |
PELAN OPERASI |
Aktiviti 1.3.1 Ujian Diagnostik Tarikh Pelaksanaan : Sebulan Sekali Pelaksana : Semua guru Pelaksanaan : i. Guru-guru akan menyediakan ujian diagnostic bagi setiap konstruk yang diuji di dalam ujian Saringan ii. Guru-guru merancang program pengayaan dan pemulihan yang sesuai Indikator Kejayaan : Kelemahan murid dapat dikesan dengan segera dan diberi pemulihan segera. |
Aktiviti 1.3.2 Ujian Saringan Tarikh Pelaksanaan : Mengikut takwim Jabatan Pelajaran Daerah Sibu Pelaksana : Semua guru Literasi dan Numerasi Pelaksanaan : i. Guru akan mengendali ujian Saringan dengan segera ii. Semua AJK LINUS akan membantu guru-guru literasi dan Numerasi untuk mengendalikan ujian individu agar dapat diselesaikan segera iii. Dapatan ujian akan dihantar secara online ke PPD dan analisis ke NKRA seberapa segera sebelum tarikh tutup. iv. Guru akan menentukan TOVdan ETR murid v. Guru akan kenalpasti konstruk yang masih menjadi kekangan dan murid-murid yang belum melepasi ujian saringan akan dibimbing semula |
PELAN OPERASI |
Aktiviti : 1.3.3 Sudut LINUS di dalam kelas 1.3.4 Sudut LINUS di papan kenyataan sekolah Tarikh Pelaksanaan : Januari – November Pelaksana : Guru-guru Literasi dan Numerasi Pelaksanaan : i. Guru-guru Literasi dan Numerasi akan menyediakan bahan P & P dan ditampal untuk dipamerkan di dalam kelas pada ruangan yang ditetapkan. ii. Bahan-bahan yang dipamerkan hendaklah ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekali iii. Contoh bahan-bahan yang dipamerkan di dalam kelas: - Kad-kad huruf/perkataan tanpa gambar - kad-kad perkataan bergambar - Hasil kerja murid - Keputusan ujian Saringan iv. Contoh bahan yang dipamerkan di papan kenyataan - Info terkini mengenai LINUS (jika ada) - Makluman tentang program yang diadakan di sekolah mengenai Program LINUS - Hasil Kerja Murid - Keputusan ujian saringan - Analisis Ujian Saringan dan Headcount Indikator kejayaan : Murid-murid berminat terhadap bahan yang dipamerkan dan memanafaatkan bahan tersebut pada masa terluang |
PELAN OPERASI | ||||||||||||||||||||||
Aktiviti : 1.3.5 Program CERDEK (Celik Rohani Dan Emosi Kami) Tarikh Pelaksanaan : Selepas Ujian Saringan 2/ 2010 Pelaksana : Guru-guru Literasi dan Numerasi, Murid-murid tahun 6 Pelaksanaan : 1. Fokus terhadap 10 orang murid yang belum menguasai konstruk 1 dan 2 2. Dibantu oleh 10 orang murid tahun 6 sebagai “guru kecil” 3. Dijalankan dari jam 7.00 hingga 7.15 setiap pagi 4. Bahan disediakan oleh guru-guru LINUS 5. Murid murid terlibat:
Indikator kejayaan : murid-murid boleh menguasai sekurang-kurangnya konstruk I dan 2 |
PELAN OPERASI |
Aktiviti : 1.3.6 Program “MARI BELAJAR BERSAMA” Tarikh Pelaksanaan : Januari hingga Oktober 2011 untuk tahun 2 Mawar March hingga Oktober 2011 untuk Tahun 1 Mawar dan Melur Pelaksana : Guru-guru LINUS Pelaksanaan : 1. Setelah ujian saringan dijalankan Tahun 1 – selepas saringan 1 Tahun 2 – selepas saringan 3 2. Kertas konsep telah disediakan beserta dengan carta gantt pelaksanaan - menitik beratkan konstruk-konstruk yang dinilai dalam ujian saringan - kaedah pelaksanaan - pengajaran rakan sebaya - bimbingan guru di dalam kelas - dijalankan seawal 6.50 am sehingga 7.10 am setiap pagi kecuali hari Jumaat - untuk mengetahui keberkesanan, setiap hujung bulan diadakan ujia diagnostik - TOV untuk setiap pelajar adalah berdasarkan kekangan konstruk yang dinilai |
PELAN OPERASI | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
4. Murid-murid yang terlibat:
Indikator kejayaan : i. Pelajar Pembantu akan lebih bermotivasi untuk meningkatkan prestasi diri ii. Pelajar dibantu akan melepasi konstruk-konstruk yang dinilai dalam ujian saringan. |
PELAN OPERASI |
Aktiviti : 1.3.7 “Cantiknya Tulisanku” Tarikh Perlaksanaan : Januari hingga Oktober 2011 Pelaksana : Guru-guru Literasi Perlaksanaan : 1. Tahun 1 - Januari hingga May – 2 minggu sekali - Jun hingga Oktober – sebulan sekali 2. Tahun 2 - Januari hingga Oktober – sebulan sekali 3. Menggunakan buku garis 4 / edaran - menulis abjad / huruf - menulis perkataan / ayat yang sudah dipelajari mengikut Unit dan Tema. 4. Dijalankan semasa P&P (30 minit terakhir – 3 masa berturut) Indikator kejayaan : 1. Murid-murid dilatih untuk menulis dengan kemas dan cantik, secara tidak langsung menggalakkan aktiviti bacaan secara latihtubi |
PELAN STRATEGIK |
Aktiviti : 1.4.1 Hari Permuafakatan dan Program Transisi Tarikh Perlaksanaan : 1. Program Transisi (3 minggu pertama bulan Januari) 2. Hari Permuafakatan (berdasarkan takwim sekolah) Pelaksana : Guru Besar, PK1, Semua guru Tahun 1 dan semua guru LINUS Pelaksanaan : 1. Program Transisi - Hari pendaftaran dan perasmian program Transisi, ibu bapa akan diberitahu mengenai Program LINUS oleh pihak pentadbir (Guru Besar dan Penolong Kanan) 2. Hari Permuafakatan - Permuafakatan 1 dan permuafakatan 2 - Sasaran – ibu bapa murid-murid tahun 1 dan ibu bapa murid-murid LINUS 3. Ibubapa diberi peluang untuk berjumpa dengan guru-guru dan berbincang tentang prestasi akademik murid-murid LINUS terutama sekali. 4. ibubapa juga turut diberi motivasi dan saranan bagi membantu meningkatkan prestasi akademik anak-anak Indikator kejayaan : 1. Ibubapa menunjukkan minat dan kerjasama untuk mempertingkatkan prestasi akademik anak-anak dengan membantu guru mengajar anak-anak mereka di rumah dan juga menyediakan peralatan belajar yang lengkap. 2. Ibu bapa memberi sokongan terhadap program LINUS |
LAPORAN LINUS TAHUN 1 (2010) SELEPAS SARINGAN 3
MATA PELAJARAN | ARUS PERDANA | LINUS | LINUS TEGAR | TOV SARINGAN 4 | ETR SARINGAN 4 |
LITERASI | 41(55%) | 28 | 6 | 55% | 65% |
NUMERASI | 36( 48%) | 36 | 3 | 48% | 65% |
Indikator Kejayaan: i. Jumlah Arus Perdana bertambah, Jumlah pelajar Linus berkurang dan tiada lagi linus tegar.
ii. Terdapatnya peningkatan pada TOV dan ETR selepas setiap ujian Saringan
LITERASI | TOV | ETR | |
2010 | SARINGAN 1 | | 80 % |
SARINGAN 2 | 28 % | | |
SARINGAN 3 | 55% | 90 % | |
2011 | SARINGAN 4 | 55 % | 65% |
SARINGAN 5 | | | |
SARINGAN 6 | | 95 % | |
2012 | SARINGAN 7 | | |
SARINGAN 8 | | | |
SARINGAN 9 | | 100 % |
NUMERASI | TOV | ETR | |
2010 | SARINGAN 1 | | 80 % |
SARINGAN 2 | 6% | | |
SARINGAN 3 | 48% | 90 % | |
2011 | SARINGAN 4 | 48 % | 65% |
SARINGAN 5 | | | |
SARINGAN 6 | | 95 % | |
2012 | SARINGAN 7 | | |
SARINGAN 8 | | | |
SARINGAN 9 | | 100 % |
Hebat idea di atas tahniah kepada semia guru2 yg komited
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian pelan strategik linus.
ReplyDelete